EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Baru 4 hari kahwin, suami Eyra Hazali kena jalani latihan Harimau Malaya

0 month ago, 05-Nov-2019

Hazirah Qasdina atau lebih dikenali Eyra Hazali merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia yang mula terkenal dengan watak sebagai Nisa Ardina dalam siri drama Mr. Grey.

Terbaru dia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nazli empat hari yang lalu. Namun, suaminya dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya hari ini.

Namun pelakon berusia 20 tahun itu tidak sedih malah berbangga kerana latihan tersebut merupakan panggilan pertama Skuad Harimau Malaya untuk menghadapi persediaan bagi kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Alhamdulilah dia dapat rezeki lagi besar dengan sertai skuad Harimau Malaya. Nak cakap saya sedih itu rezeki kahwin dan dia juga dapat memperbaiki lagi kerjayanya, katanya.

Tambah pelakon berasal dari Kuala Lumpur itu, dia belum merancang untuk berbulan madu memandangkan jadual suaminya yang tidak menentu tetapi beberapa lokasi sudah menjadi tarikannya.

Tapi rancangan nak ke mana itu ada tapi belum buat sebarang persiapan atau pengesahan. Saya tak nak dia habis kerja terus honeymoon, bagi masa dia rehat dahulu, ujarnya.

Biarpun sudah berkahwin, namun batas sebagai seorang isteri perlu dijaga malah Haziq telah menetapkan beberapa syarat dalam menjayakan sesebuah lakonan.

Tidak boleh berpegangan tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak mahu saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung.

Cukuplah lakonan yang bersederhana saja, tak perlu berlebih-lebihan untuk dapatkan babak romantik, katanya.

: mStar Online

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...