EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saya Kahwin Kerana Wang..- Model Terkenal Umum Cerai Lepas Tahu Suaminya Sudah Tak Berduit Untuk Menampung Perbelanjaannya

6 month ago, 15-Jan-2020

teamnetizen.com -

Seorang model popular di negara Jepun mengumumkan dia sudah bercerai dengan suaminya hanya selepas seminggu berkahwin. Model yang dikenali sebagai Kato Sari itu mengatakan dia bercerai kerana suaminya sudah tidak mampu untuk mengeluarkan duit untuk menampung perbelanjaannya.teamnetizen.com -

Menerusi portal Madeinner Aoguri, kisah model berusia 29 tahun ini menjadi bualan hangat selepas seminggu mendirikan rumah tangga dengan pengurus sebuah syarikat hartanah.

Kato Sari dan suaminya itu mula bercinta pada Mei 2019 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada September 2019. Kato membuat keputusan itu setelah suaminya memberitahu, dia tiada wang untuk terus menyara dan memberi wang seperti selalu.

teamnetizen.com -

Berang dengan situasi itu, Kato membuat keputusan mahu bercerai dengan suaminya itu. Sebelum penceraian mereka, Kato dilaporkan telah membelanjakan sebanyak lebih 100 juta Yen (RM3.7 juta) dalam masa tiga bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Lelaki itu juga telah membeli cincin pertunangan dengan harga 3 juta Yen (RM111,000) buat Kato.

teamnetizen.com -

Bukan itu sahaja, kehidupan serba mewah membuatkan Kato boros dengan membeli barang berjenama hingga membuatkan lelaki itu hampir muflis dan syarikatnya juga mempunyai masalah kewangan.

teamnetizen.com -

Kato tidak berpuas hati kerana ketika mereka bercinta dia dibenarkan untuk berbelanja tetapi bila dah berkahwin dia disuruh untuk tidak berbelanja seperti sebelumnya. Dia juga mengatakan suaminya menipunya untuk menandatangan dokumen perkahwinan mereka.

teamnetizen.com -

Kato terus mendapat perhatian netizen apabila membuat kenyataan Kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit dan Saya berkahwin kerana wang sebelum dia berkahwin dengan lelaki tersebut. Dia juga mengaku tidak berminat dengan lelaki miskin tak berduit. Netizen menuduh Kato sebagai seorang yang materialistik dan cuma pentingkan diri sendiri. Kato juga dilihat memuat naik beberapa gambar dengan lelaki lain yang bukan suaminya.


SUMBER : teamnetizen.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...