EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kahwin Atas Dasar Family Benefit, Sampai Bila Boleh Bertahan

0 month ago, 15-Sep-2020

Agaknya apalah nasib kalau terpaksa berkahwin atas dasar family benefit, biasanya situasi begini berlaku pada keluarga golongan bangsawan yang mana ibu bapa akan mengahwinkan anak mereka dengan menantu yang mempunyai latar belakang keluarga yang kuat.

Meskipun diri telah dewasa tetapi bukan semua orang dapat lari dari cengkaman ibu bapa sendiri, terutama dalam keluarga kaya dan berpengaruh.

Tapi pokok pangkalnya adakah perkahwinan atas dasar family benefit seperti ini boleh bertahan lama? Ikuti kupasannya di bawah.

Hilang Kebebasan

Foto Pinterest

Wanita atau lelaki yang berkahwin terjerat dalam perkahwinan atas dasar keuntungan keluarga ini, akan membuatkan diri mereka kehilangan hak untuk memilih dan mencari pasangan yang mereka sukai.

Pabila perkahwinan ini diteruskan juga, kesannya rumahtangga tersebut hanya akan bertahan sementara saja dan bukan mudah untuk diri menjadi bebas kerana campur tangan ahli keluarga yang lain dalam kehidupan.

Kepentingan Lebih Utama Dari Perasaan

Foto Business Insider

Ada pula individu yang tak kisah dengan perkahwinan yang berlandaskan keuntungan, kerana bagi mereka tiada apa yang lebih penting selain keuntungan, kuasa dan pangkat yang diperolehi daripada perkahwinan seperti ini.

Perjanjian Kontrak

Foto Arkib Wanista

Tapi ada juga individu yang bijak dengan membuat perancangan di belakang ahli keluarga, dengan membuat perjanjian kontrak bersama bakal pasangan dan menyatakan syarat-syarat peribadi dan bincang berapa lama perkahwinan ini harus berjalan.

Tiada apa yang mustahil bukan, dan daripada dijadikan kambing korban untuk kepentingan keluarga lebih baik berdepan dengan situasi seperti ini dengan bijak. Yang penting si pasangan tersebut juga mempunyai view yang sama.

Nama Baik Lebih Penting

Foto Pinterest

Realiti sebenar kadang-kala lebih kejam, pasangan yang terjerat dalam perkahwinan atas dasar keuntungan ini tidak boleh sewenang-wenangnya berpisah.

Ini kerana kedua-dua belah keluarga akan memberi tekanan supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik dan kepentingan keluarga.

Saling Menghormati Selagi Mutual Interest Ada

Foto Pinterest

Tak semua perkahwinan yang disatukan atas dasar keuntungan keluarga ini tidak bahagia, mereka yang akur dengan perkahwinan seperti ini akan cuba belajar untuk saling menghormati antara satu sama yang lain.

Dan selagi mutual interest bersama masih ada, perkahwinan ini boleh bertahan selagi kepentingan masing-masing di jaga.

Anak Jadi Komoditi?

Foto Arkib Wanista

Hal yang merisaukan apabila berkahwin kerana kepentingan keluarga, adalah anak yang lahir dari hasil hubungan atas dasar kepentingan ini berkemungkinan tinggi akan menjadi boneka atau komoditi bagi mengaut keuntungan keluarga di masa akan datang.

Tapi bagi pasangan yang telah melalui kepahitan berkahwin atas aturan keluarga untuk mencari keuntungan, mereka tidak ingin jalan yang sama di lalui oleh anak mereka dan akan melindungi anak tersebut dari aturan keluarga.

Foto Pinterest

Meski situasi yang dinyatakan di atas seperti babak dalam novel atau drama sosialit, tetapi realitinya masih ada keluarga kelas atasan mengamalkan konsep seperti ini.

Dan perkahwinan yang terjalin mungkin boleh bertahan lama dan boleh jadi sebaliknya, yang penting bagaimana dua individu yang berlainan cuba menerajui alam kehidupan baru dengan baik dan harmoni.

Kamu pula rasa bagaimana, adakah hubungan seperti ini boleh bertahan atau tidak?


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...