EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kadar Perbelanjaan Rakyat Malaysia Pada Platfom Atas Talian Meningkat 34.5% BNM

0 month ago, 19-Nov-2020

Penularan pandemik COVID-19 jelas membuka peluang kepada perniagaan jualan atas talian. Kenyataan itu dapat dilihat menerusi kadar perbelanjaan rakyat Malaysia yang kini telah meningkat kepada 34.5%.

Data itu telah dikongsikan oleh laporan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi catatan kadar perbelanjaan atas talian Oktober dan November 2020.

Sebelum ini, kadar perbelanjaan atas talian pada Mac dan Mei hanya mencatatkan sekitar -3.4% sahaja. Bagaimanapun, penerapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meningkatkan aliran nirtunai (tanpa tunai) tersebut.

Secara tidak langsung data ini memaparkan penerimaan transaksi atas talian berjaya dipertingkatkan dan mampu diadaptasi oleh rakyat negara.

Malah, peningkatan positif ini juga cenderung menunjukkan usaha pendigitalan ekonomi negara mampu mendorong kepada keberhasilan yag baik buat pertumbuhan ekonomi Malaysia ketika ini.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...