EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kadar jenayah Pulau Pinang menurun sejak perintah kawalan pergerakan

0 month ago, 23-Mar-2020

Ketua Polis Pulau Pinang, Sahabudin Abd Manan berkata kadar jenayah menurun di negeri ini sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan 2 minggu berkuatkuasa pada 18 Mac, sehari selepas kes sama dilaporkan menurun di Petaling Jaya.

Sahabudin berkata, terdapat penurunan ketara pada indeks kadar jenayah dengan purata 3 hingga 5 kes dilapor sehari.

Indeks kadar jenayah mengambil kira 16 jenayah berbeza, termasuk kes curi, bunuh, rompakan, rogol dan pemerasan.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata hampir tiada jenayah serius dilaporkan di negeri ini sehingga kini.



Biasanya, kami menjangkakan 12 kes sehari di negeri ini. Jumlah kes semasa sangat rendah berbanding waktu biasa, katanya.

Sahabudin berkata pada 18 Mac terdapat 14 kes; 19 Mac 9 kes; 20 Mac 5 kes; 21 Mac 8 kes, dan 22 Mac 3 kes.

Beliau menambah polis terus memantau lokasi panas walaupun kadar jenayah menurun.

Semalam, Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kadar jenayah di sekitar Petaling Jaya menurun separuh dalam tempoh 5 hari sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Beliau menganggarkan kadar jenayah menurun 40% hingga 50%.

sumber

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...