www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Juventus tewas bermaruah: Allegri

0 month ago, 17-Apr-2019


PENGURUS Juventus, Massimiliano Allegri akur dengan kekalahan pasukannya di tangan Ajax Amsterdam hingga menyaksikan langkah kelab gergasi Itali itu terhenti di suku akhir Liga Juara-juara.

 

Allegri berkata, walaupun tersingkir di tangan pasukan bukan pilihan, beliau tetap berbangga dengan apa yang ditampilkan anak buahnya sepanjang kejohanan ini.

 

“Saya akui Ajax layak menang dan mara ke separuh akhir. Kalau diikutkan saya percaya kami boleh melakukan lebih baik, tetapi malam ini, ianya milik Ajax. Mereka bukan pasukan lagi belasahan selepas menjaringkan lima gol untuk menyingkirkan Real Madrid sebelum ini.

 

“Walaupun tersingkir, saya tidak menganggap penyingkiran ini sesuatu yang teruk. Benar, kami meletakkan harapan tinggi, tetapi Liga Juara-juara satu kejohanan yang pelik.

 

“Anda perlu mempunyai skuad yang tangguh untuk mara dan malangnya krisis kecederaan yang melanda pemain saya merencatkan harapan ini,” katanya.

 

Dalam aksi di hadapan ribuan penyokong sendiri itu, Juventus tewas 1-2 (agregat 2-3) meskipun terlebih dahulu di depan hasil gol tandukan bintang sensasinya, Cristiano Ronaldo.

 

Juventus tewas bermaruah: Allegri Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts