EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jutaan dos vaksin Covid-19 sudah sedia untuk diedarkan Pfizer

0 month ago, 20-Nov-2020

NEW YORK – Firma farmaseutikal Pfizer akan mengedarkan ‘jutaan’ dos vaksin Covid-19 sejurus memperoleh kebenaran pihak berkuasa.

Menurut laporan Sky News, keyakinan tersebut disuarakan oleh Ketua Eksekutif Pfizer, Albert Bourla.

“Kami akan memohon kebenaran daripada pihak berkuasa di seluruh dunia dalam masa beberapa hari ini,” kata Bourla dalam temubual bersama Sky News tersebut.

Beliau menambah, pada waktu ini, syarikatnya sudah mempunyai sebanyak 20 juta dos vaksin yang sedia untuk diedarkan.

Vaksin yang dihasilkan dengan usahama syarikat Jerman, BioNTech itu sudah menamatkan ujian fasa klinikal ketiga.

Laporan akhir yang disiapkan menyebut, vaksin itu mempunyai 95 peratus keberkesanan dalam mencegah jangkitan Covid-19 dan menepati piawaian keselamatan bagi penggunaan kecemasan.

Jutaan dos vaksin Covid-19 sudah sedia untuk diedarkan – Pfizer Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...