www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Justin Timberlake dan Missy Elliott menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dariBerklee College of Music

0 month ago, 14-May-2019


Pada Sabtu lalu,Berklee College of Music telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada dua bintang muzik, Justin Timberlake dan Missy Elliott.

justintimberlake|Instagram

Pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan selama ini antara faktor mengapa mereka menerima anugerah tersebut, memetikkenyataan dari universiti berprestij itu.

missymisdemeanorelliott|Instagram

Selain Justin Timberlake dan Missy Elliott, komposer lagu Alex Lacamoire turut menerima anugerah yang sama.

Missy Elliot and Justin Timberlake where honored guests at my schools graduate, I cant wait to see who the honored guests are for my graduation! pic.twitter.com/xTsd6Hgakw

Tim (@YungDJDiaper) May 11, 2019

"Kegagalan bukan satu kegagalan jika ia memacu anda ke arah kejayaan. Ia sebahagian daripada perjalanan hidup.

"Saya harap dapat bertemu dan bekerja dengan anda semua satu hari nanti," kata Timberlake ketika berucap di hadapan graduan yang berjaya menamatkan pelajaran tahun ini.

"Anda perlu bersedia untuk menghadapi jatuh bangun kehidupan. Tetapi selagi kita masih hidup, tiada istilah terlambat," kata Elliott.

Missy Elliott and Justin Timberlake are officially doctors. https://t.co/HBwJL21fIV pic.twitter.com/W9R3jMlfxG

Complex Music (@ComplexMusic) May 12, 2019

Berklee College of Music telah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat sejak tahun 1971 dan antaraselebriti antarabangsa yang pernah menerima anugerah tersebut sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.

: Astro Awani

Justin Timberlake dan Missy Elliott menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dariBerklee College of Music Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts