EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Justin Bieber Dedah Diserang Penyakit Lyme Dan Chronic Mono

10 month ago, 10-Jan-2020

Justin Bieber Dedah Diserang Penyakit Lyme Dan Chronic Mono
Foto: GQ

Justin Bieber baru saja mengesahkan dia telah didiagnosis dengan penyakit Lyme dan chronic mono.

Berdasarkan laporan daripada TMZ, Justin telah berkongsi di media sosial dengan menulis, Walaupun ramai mengatakan Justin kelihatan seperti shit, on meth, etc, mereka tidak menyedari saya baru-baru ini telah didiagnos dengan penyakit Lyme, serta chronic mono, yang telah memberi kesan kepada kulit saya, fungsi otak, tenaga dan kesihatan.

Justin juga menjelaskan dia akan menjelaskan semuanya dalam satu YouTube docuseries terbaru yang akan datang, Semua perkara ini akan dijelaskan di dalam satu docuseries yang akan saya kongsikan di YouTube tak lama lagi.. kamu semua akan tahu saya telah bertarung dan mengatasinya! Ianya susah tetapi dengan mendapatkan rawatan yang betul akan dapat merawat penyakit ini dan saya akan kembali dengan lebih baik.

TMZ adalah sumber pertama yang melaporkan berita ini dengan mengatakan doktor tak tahu apa yang terjadi dengan Justin sebenarnya.

Justin kini kembali dengan muzik terbaru dan baru sahaja mengeluarkan single terbaru Yummy.

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)



SUMBER : cosmopolitan.my



Live Website Traffic


loading...