EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Justin Bieber, BTS & Ariana Grande Kini Sebumbung

0 month ago, 06-Apr-2021

Jika peminat BTS teringin melihat kolaborasi kumpulan K-Pop itu bersama Justin Bieber atau Ariana Grande, peluang untuk ia menjadi kenyataan kini cerah.

Ithaca Holdings milik Scooter Braun yang menguruskan kerjaya muzik dua bintang Hollywood ini kini bergabung dengan HYBE Korea Selatan, yang dulu dikenali sebagai Big Hit Entertainment syarikat pengurusan BTS.

Braun baru-baru ini turut mengambil alih Big Machine Label Group milik Scott Borchetta, syarikat yang menaungi penyanyi country Brett Young dan memiliki hak cipta lagu Taylor Swift yang terdahulu.

Menerusi penggabungan dua jenama gergasi dalam industri muzik antarabangsa itu, Borchette akan kekal sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Big Machine. The Carly Group yang memberi sokongan kepada Ithaca Holdings selama ini akan berundur daripada hubungan perniagaan tersebut, manakala Braun pula akan menyertai senarai lembaga HYBE.



SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...