www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Jurugambar merakam penghantar barangan menggunakan kapcai sebelum penggunaannya di Vietnam akan dihentikan menjelang 2030

0 month ago, 15-May-2019


Kenderaan beroda dua seperti motosikal atau skuter adalah cara pengangkutan yang paling popular di Asia Tenggara.

Sekiranya anda pernah melawat negara seperti Vietnam, anda mungkin mendapati motosikal menjadi kenderaan pilihan utama penduduk tempatan.

Di bandar-bandar berkepadatan tinggi seperti Hanoi, kenderaan ini membantu penduduk tempatan menyusuri jalan-jalan sempit dan lorong-lorong kecil dengan mudah serta menjimatkan masa.

Mereka yang bermotosikal mudah meletak kenderaan ini tidak seperti meletak kereta biasa dan apa yang menghairankan ia juga berguna untuk mengangkut barangan yang banyak.

Bungkusan plastik dengan ikan hidup

Jon Enoch/Instagram

Jurugambar bebas kelahiran Britain, Jon Enoch pertama kali melawat Vietnam 15 tahun lalu dan benar-benar terkejut dengan budaya motosikal kapcai di kawasan itu.

Kenderaan ini digunakan oleh pekerja bandar di mana ia membenarkan perniagaan kecil beroperasi. Sungguh mengagumkan berapa ramai orang yang boleh menjalankan perniagaan dengan hanya bermotosikal!

Jon Enoch/Instagram

Mengangkut bunga berguni

Jon Enoch/Instagram

Motosikal digunakan untuk pelbagai jenis penghantaran dan kadang-kadang secara luar biasa, ia mengangkut beg-beg ikan hidup, berpapan-papan telur dalam skala besar, sejumlah besar bunga dan pelbagai lagi.

Anda boleh mengatakan bahawa mereka ini adalah salah satu tarikan bagi pemandangan di Vietnam yang paling tersendiri. Dan bagi penduduk tempatan, adalah sukar untuk membayangkan kehidupan seharian tanpa pekerja penghantaran bermotosikal ini.

Penghantar ais

Jon Enoch/Instagram

Mengangkut berdulang-dulang telur ayam

Jon Enoch/Instagram

Hanoi mempunyai 7.7 juta penduduk dan terdapat lima juta motosikal berbanding setengah juta kereta di jalan raya. Oleh kerana hampir semua orang di bandar memiliki motosikal, kenderaan ini menyebabkan masalah pencemaran udara yang serius dan pihak kerajaan telah menyatakan keprihatinan mengenainya.

Jon Enoch/Instagram

Oleh itu, pada tahun 2017, untuk menangani masalah pencemaran dan kesesakan lalu lintas, kerajaan mengumumkan bahawa semua kenderaan "berkuasa dua roda" seperti kapcai, skuter, dan motosikal akan diharamkan penggunaannya di bandar berkuat kuasa pada tahun 2030.

Bola mainan kanak-kanak

Jon Enoch/Instagram

Apabila Jon Enoch membaca berita itu, dia telah membuat keputusan untuk mendokumentasikan satu siri gambar penunggang-penunggang motosikal yang luar biasa ini dengan penghantaran barangan mereka sebelum kenderaan ini diharamkan demi kebaikan.

Jon Enoch/Instagram

Aksesori kereta

Jon Enoch/Instagram

Bergelen air untuk pekerja pejabat

Jon Enoch/Instagram

Jon Enoch telah terbang ke Hanoi, Vietnam, untuk menyiapkan projek fotografinya dengan sentuhanmengambil gambar pada waktu petang yang lewat disamping menunjukkan tangkapan cahaya yang menakjubkan di bandar Hanoi.

Dan siapa tahu, mungkin Jon Enoch sedang mendokumentasikan sebahagian sejarah untuk tatapan generasi masa depan.

: Bored Panda

Jurugambar merakam penghantar barangan menggunakan kapcai sebelum penggunaannya di Vietnam akan dihentikan menjelang 2030 Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts