www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lan Pet Pet mahu jumpa Pak Ya minta maaf

0 month ago, 16-Apr-2019


Foto ihsan Instagram/Ruby Che Wan

Pelawak Mazlan Ahmad merancang bertemu dan memohon maaf kepada pengawal keselamatan yang dibelasahnya pada 6 April lalu.

Saya merancang untuk bertemu pakcik itu (pengawal keselamatan) untuk menziarahinya, kata artis dikenali Lan Pet Pet seperti dilapor Harian Metro.


Loading...
Pada pertemuan secara tertutup, saya akan mengakui kesilapan diri dan meminta maaf di hadapannya, kata selebriti berasal dari Kedah.

Mengakui menghormati orang tua, Mazlan tidak pasti mengapa beliau memukul Yahya Manap dekat pondok keselamatan Acacia Park Desa Jati, Nilai.

Saya mungkin hilang pertimbangan pada malam itu kerana ditekan dan provokasi, katanya yang didenda RM2,000 oleh mahkamah majistret semalam.

Mazlan mengaku bersalah dan insaf atas tindakan beliau selepas dituduh bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sementara itu, Yahya atau mesra disapa Pak Ya, bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Mazlan walau sedia memaafkan artis itu.

Saya sedia memaafkan Mazlan tetapi hal membabitkan saman tetap diteruskan. Maruah saya sudah tercemar, rasa terhina, trauma dan malu kepada orang ramai, katanya.




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts