EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Juliana Evans selamat bersalin anak pertama

0 month ago, 13-Jul-2019

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Che Puan Juliana Evans dilaporkan telah selamat bersalin. Pengacara dan juga pelakon cantik ini telah memberitahu hal tersebut menerusi IG story nya beberapa jam lepas.

CP Juliana telah menyertakan sekali kapsyen menyatakan bahawa dirinya sudah pun bergelar ibu. Dia juga memanjatkan rasa syukur kerana selamat bersalin dan bayi kelihatan sihat.

Semalam, CP Juliana juga sempat merakam momen dirinya berada di hospital sambil ditemani suami iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj yang berada disampingnya.

Pada posting terakhir pelakon berdarah kacukan di Instagram sebelum bersalin, dia ada memberitahu bahawa kandungannya sudah berada di fasa akhir. CP Juliana sempat menzahirkan rasa tidak sabar dan gementarnya dalam mengharungi proses bersalin nanti.

Walau bagaimanapun, CP Juliana Sopie Evans masih belum memberitahu secara terperinci mengenai kondisi serta butiran kelahiran anak sulungnya itu. Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan atas kelahiran anak pertama mereka.

: Juiana Sophie Evans

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com