EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Raih naib juara pertandingan hafazan, Siti Sarah pasang impian anak jadi Al-Hafiz

0 month ago, 10-Oct-2019

Anak-anak ini ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan anak mereka, betul cara didikan maka cerahlah kelak masa depannya di dunia dan juga di akhirat.

Terbaru, penyanyi versatile, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anak sulungnya, Uwais Al-Qarni yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan Al-Quran.

Sarah sempat berkongsi rasa terharu menerusi Instagram miliknya, dengan memuat naik foto memaparkan gambar anak sulungnya bersama sijil dan trofi yang dimenangi.

Menurut Sarah, dia berasa bangga dengan pencapaian anaknya, dan secara jujur pernah memasang impian ketika mengandung, agar ada salah seorang daripada tiga cahaya matanya menjadi penghafaz Al-Quran.

Rasa bangga itu semestunya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa sejuk perut ibu mengandung

Malah, penyanyi itu berkata dia tidak pernah memaksa anak-anak untuk menuruti impiannya. Segala, yang anak-anak lakukan atas minat mereka sendiri.

Sebagai ibu, dia menyokong sepenuhnya Uwais dalam bidang hafazan Al-Quran dan berdoa agar minat anaknya itu berterusan sehingga dewasa.

Tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukan ini akan diteruskan sampai bila-bila

Semoga satu hari nanti Uwais mampu menjadi penghafaz Al-Quran dan dapat membimbing ahli keluarganya menuju ke jalan yang diredhai.

: Sita Sarah Raissuddin & Media Hiburan

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...