EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Juadah Pagi Syawal, Rendang Hitam Negeri Sembilan & Lontong Cara DATIN BELINA, Mesti Cuba!

0 month ago, 21-May-2020

Untitled design

Hari raya memang sinonim dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Antara juadah yang sering ada setiap kali menjelang hari raya ialah rendang serta lontong. Tahun ini walaupun suasana dan sambutannya agak berbeza, tidak salah untuk kita menyediakan juadah agar mood berhari raya itu tidak hilang.

Berikut juadah istimewa Syawal yang dikongsi oleh Datin Belina. Menurutnya, Rendang Hitam Negeri Sembilan dan Lontong merupakan dua menu yang mesti ada setiap kali lebaran. Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk diperolehi. Begitu juga dengan cara penyediaannya pun senang. Untungnya, sudahlah cantik pandai memasak pula tu.

RENDANG HITAM NEGERI SEMBILAN

Bahan-bahan:

  • 3kg santan
  • 1kg daging
  • 1 mangkuk (saiz sedang) bawang merah (dihiris)
  • 1 mangkuk (saiz sedang) bawang putih (dihiris)
  • Cili kering (jika hendak pedas tambahkan sedikit cili padi) (dikisar)
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih

Bahan-bahan sanggang:

  • 6 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu kecil jintan putih*
  • 4 sudu besar lada hitam*

NOTA: Semua bahan yang bertanda * dikisar kering.

Cara Membuat:
Masukkan santan dalam kuali, kacau bersama cili yang dikisar sehingga menjadi separuh daripada sukatan. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan bawang yang dihiris, teruskan mengacau dengan api perlahan. Kacau sehingga dua jam kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah sanggang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Perasa dengan garam dan teruskan mengacau sehingga ia bertukar warna kehitaman dan kering

LONTONG

Bahan-Bahan A:

  • 1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 biji kentang (dipotong 4)
  • 2 biji terung panjang
  • biji kobis
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 keping fucuk (rendam, potong kecil)
  • 2 keping tauhu (dipotong kecil & digoreng)
  • 1 ikat soo hoon (rendam, potong kecil)
  • 2 batang cili merah (dihiris)
  • biji sengkuang (dipotong memanjang)
  • 1 keping tempe (dipotong dadu besar & digoreng)
  • 1 cawan udang (dibuang kulit)
  • 2 santan kotak
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Garam secukupnya

Bahan-bahan B (dikisar):

  • 1 inci kunyit hidup
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering (direndam & ditoskan)

Cara Membuat:
Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan serai ke dalam periuk lalu panaskan sehingga hampir mendidih. Kemudian masukkan udang diikuti sayur-sayuran. Masukkan pula santan pekat dan tauhu kering diikuti cili merah. Perasa dengan garam, sesuaikan rasa dan kepekatannya. Hidangkan bersama nasi impit, sambal tumis atau kuah kacang serta telur rebus.

BAGAIMANA DATIN MENDAPAT ILHAM SETIAP KALI HENDAK MEMASAK?
Mood dan keadaan mempengaruhi ilham untuk memasak. Kalau datangnya ilham, saya akan mencuba resipi baru atau menyediakan menu istimewa. Kalau buntu hendak masak apa, selalunya saya akan hubungi ibu dan tanya pendapatnya. Ibulah sumber inspirasi saya kerana beliau pandai memasak.

APA PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?
Hati mesti tenang dan fokus. Memasak juga memerlukan ketelitian. Jika dilakukan dalam tergopoh gapah kita akan kecewa dengan hasilnya. Memasaklah dengan ikhlas, kasih sayang dan sepenuh hati. Saya juga amalkan selawat agar lebih berkat.

Kredit Foto: Instagram @belina_hmd


SUMBER : nona.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...