EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jonathan raih perak lompat jauh

0 month ago, 08-Nov-2019

JAGUH lompat jauh paralimpik kebangsaan, Jonathan Wong membuka tirai Kejohanan Olahraga Para Dunia di Emiriah Arab Bersatu dengan cemerlang apabila meraih pingat perak buat kem negara, awal pagi tadi.

Dalam acara lompat jauh kategori T12 (masalah penglihatan) di Dubai, atlet kelahiran Sabah berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.06 meter.

Jonathan menyempurnakan enam lompatan untuk memperoleh catatan terbaiknya itu sekali gus menewaskan atlet Azerbaijan, Kamil Aliyev yang meraih gangsa dengan catatan 7.00m.

Pingat emas dimenangi Doniyor Saliev dari Uzbekistan yang mencatat rekod baru kejohanan dengan lompatan sejauh 7.44m, kurang 0.03 meter daripada rekod dunia 7.47m.

Jonathan meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix Terbuka Dunia Handisport di Perancis, Ogos lalu dengan lompatan sejauh 7.03m.

Catatan terbaik peribadi atlet itu adalah 7.22m yang direkod pada Terbuka China, Mei tahun lalu.

Kejohanan Para Dunia hingga 15 November ini menjadi pletform terbaik buat atlet paralimpik negara untuk merebut peluang layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain Jonathan, cabaran negara digalas lapan atlet antaranya Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Ridzuan Puzi (100m T36) dan Latif Romly (lompat jauh T20).


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...