www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


MB johor pilih Exco yang 'selesa bekerja'

0 month ago, 17-Apr-2019


    Foto oleh Bernama

ISKANDAR PUTERI, 17 April  ? Rombakan barisan Exco kerajaan negeri Johor dijangka dimuktamadkan menjelang akhir minggu ini, kata Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata penyusunan barisan Exco masih diperincikan lagi.

Loading...

Seperti yang saya cakap, saya akan memilih Exco yang saya selesa bekerja dengan mereka...insya-Allah kita akan lihat nama-nama itu (senarai baharu). Nanti saya umumkan...insya-Allah beberapa hari lagi sebelum minggu hadapan, katanya kepada pemberita di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya status rombakan barisan Exco kini serta sama ada akan terdapat pengguguran atau nama baharu dalam senarai berkenaan.

Dr Sahruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong itu turut mengesahkan tiada tambahan portfolio kepada 11 portfolio termasuk yang dipegang menteri besar kini.


Semalam, sebuah portal melaporkan barisan Exco kerajaan negeri Johor yang baharu akan menyaksikan pengguguran dua Exco lama iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Mazlan Bujang dan Tan Hong Pin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi.

Mazlan merupakan Adun Puteriwangsa daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Tan merupakan Adun Skudai daripada Parti DAP.

Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene Ahad lepas menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan 8 April lalu.

Sehari sebelum itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ada menetapkan syarat supaya menteri besar Johor yang baharu membuat rombakan kepada barisan Exco kerajaan negeri. ? Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts