EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Johor peruntuk RM40 juta beli vaksin, sumbang RM500 untuk pengamal media

0 month ago, 10-Jun-2021

Datuk Ir. Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU Kerajaan negeri bercadang untuk membeli vaksin COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM40 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ).

Usaha untuk membeli vaksin COVID-19 bagi membolehkan rakyat di negeri ini mendapatkan bekalan vaksin.

Inisiatif ini juga akan membolehkan pihak KPJ menjual vaksin kepada mereka yang memerlukan, katanya semasa mengumumkan PRE Ihsan Johor 3.0 menerusi laman media sosial Facebook beliau, hari ini.

Menteri Besar mengakui bahawa sektor ekonomi tidak akan dapat dimajukan dan sektor sosial tidak mampu disejahterakan jika gagal mengawal pandemik tersebut secepat mungkin.

Pembukaan semula sempadan Singapura-Malaysia dan keberkesanan penuh Tujuh Ikhtiar Makmur Johor juga bergantung terhadap bagaimana kita mengurangkan kadar kes jangkitan setiap hari di Johor, katanya.

Dalam pada itu, pengamal media di negeri ini turut menerima sunbangan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri dalam pakej rangsangan ekonomi berkenaan sebagai menghargai sumbangan mereka membuat penerangan dan advokasi tentang pandemik COVID-19.

Buat pertama kali dalam tempoh pandemik ini, kerajaan negeri menyalurkan pemberian sebanyak RM500 kepada 300 orang individu terlibat dan akan diselaraskan oleh Jabatan Penerangan Johor, katanya.

BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...