EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Johor umum PRE, peruntuk RM241 juta bantu rakyat

0 month ago, 10-Jun-2021

JOHOR BAHRU Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sebanyak RM241 juta dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 bagi melaksanakan 33 inisiatif yang bertunjangkan dua fokus utama bagi mendepani pandemik COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, fokus yang pertama adalah pemerkasaan pengurusan pandemik dan yang kedua pengukuhan bantuan keselamatan sosial.

Bagi fokus yang pertama, sebanyak RM75 juta diperuntukkan termasuk untuk pembelian COVID Test Kit RTK Antigen sebanyak 190,000 unit bagi menyokong ujian saringan bersasar.

Untuk memperkukuhkan lagi ujian saringan bersasar, tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf bandar raya akan turut membeli COVID Test Kit RTK dan inisiatif ini bakal memanfaatkan hampir 60,000 orang.

Kerajaan negeri akan terus membiayai perbelanjaan operasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sekatan jalan raya (SJR) dan membiayai kebajikan petugas barisan hadapan atau frontliners.

Ini merangkumi elaun, penyediaan makanan dan kelengkapan berkaitan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM20 juta dan akan terus dilaksanakan hingga Disember 2021, katanya semasa mengumumkan PRE Ihsan Johor 3.0 menerusi laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Bagi fokus kedua pengukuhan bantuan keselamatan sosial, semua golongan daripada pelbagai kumpulan pendapatan telah terkesan akan merasa sedikit sebanyak manfaat daripada PRE Ihsan Johor 3.0 dengan pelbagai bantuan one-off dan bantuan lain.

Antara yang menerima manfaat daripada PRE Ihsan Johor 3.0 ialah pengusaha kantin, pemandu bas atau van sekolah, imam, bilal dan noja, penggiat seni budaya dan golongan yang diberhentikan atau kehilangan pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19.

Secara keseluruhannya, PRE Ihsan Johor 1.0, PRE Ihsan Johor 2.0 dan PRE Ihsan Johor 3.0, kesemua pakej ini telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM550.95 juta dan memanfaatkan lebih daripada 1.5 juta penerima, katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...