EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jiran Habaq Anak Dia Nak Balik Raya, Macam Mana Nak Report, DM Puan Ini Kepada Polis Cuit Hati Netizen

0 month ago, 23-May-2020

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah berpesan kepada orang ramai membuat aduan terhadap sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pihak berkuasa.

Patuh dengan arahan, seorang wanita dipercayai tinggal di Kedah membuat aduan kepada pihak polis mengenai anak jirannya yang ingin merentas negeri, biarpun pergerakan merentas negeri adalah dilarang sama sekali.

Aduannya membuatkan hati orang ramai tercuit hati. Paparan skrin mesej dihantar individu itu dikongsikan Polis Kedah dengan mengaburi identiti pengadu.




Salam admin, nak tanya sikit.. Nak buat aduan kat mana? Semalam jiran saya beritahu anak dia nak balik raya ni.. Anak dia duduk Perak dekat Ipoh.







Polis Kedah juga turut berkongsi nombor telefon Hotline Bilik Gerakan COVID-19 Daerah Kontinjen Kedah yang boleh dihubungi warga Kedah sekiranya ingin membuat aduan mengenai kesalahan rentas negeri.

1. Kota Setar 047326079
2. Kubang Pasu 049172222
3. Kuala Muda 04- 4299058
4. Padang Terap 047865208
5. Yan 044657489
6. Sik -045695222
7. Kulim 044906222
8. Bandar Baharu -04-4076603
9. Pendang 04-7596222
10. Langkawi 04-9663999
11. Baling 04-4708999

Kredit : Polis Kedah

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...