EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Pak Arab jinakkan harimau, Malaysia kalah tipis di tangan UAE

0 month ago, 10-Sep-2019

Selepas berhempas-pulas mengerah kudrat bagi memastikan Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, akhirnya Malaysia terpaksa akur dengan pasukan UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila tewas nipis 2-1.

Mendahului 1-0 di minit-minit awal permainan hasil sepakan gol oleh Syafiq Ahmad, gawang Malaysia bolos beberapa minit sebelum babak pertama perlawanan tamat.

Bangkit pada separuh masa kedua, Malaysia telah bermain dengan berhempas-pulas bagi mendahului UAE dalam perlawanan ini.

Namun begitu, kedudukan yang terikat 1-1 telah disentap oleh pasukan UAE apabila pemainnya berjaya menewaskan Farizal Marlias selaku penjaga gawang Malaysia dengan menjadikan kedudukan 2-1.

Perlawanan timbal balik akan dilakukan tidak lama lagi dengan pasukan UAE pula menjadi tuan rumah.

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com