EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kes jilat makanan, polis terpaksa jaga peti aiskrim

5 month ago, 11-Jul-2019

Sekeping gambar kelihatan dua anggota polis di Texas, Amerika Syarikat sedang mengawal peti sejuk aiskrim Blue Bell di sebuah pasar raya tular di laman media sosial.

Gambar tersebut dimuat naik ke laman Facebook Keller Public Safety sehingga menerima lebih 3,000 perkongsian dalam kalangan netizen.

The only Blue Bell Ice Cream being licked here in Keller this holiday weekend will be the kind youve already purchased. Cpl. Clark and Officer Bryans are seeing to that. #NotOnOurWatch

Posted by Keller Public Safety onFriday, July 5, 2019

Tindakan itu dilakukan susulan perbuatan tidak senonoh seorang wanita yang dirakam menjilat aiskrim di dalam sebuah bekas sebelum meletakkannya semula ke dalam peti sejuk pada 28 Jun lalu.

What kinda psychopathic behavior is this?! pic.twitter.com/T8AIdGpmuS

Optimus Primal (@BlindDensetsu) June 29, 2019

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu mencatatkan lebih 13 juta tontonan di Twitter dan mendapat pelbagai kecaman terhadap perbuatan biadab tersebut.

Pihak Blue Bell juga sudah menarik balik semua aiskrim Tin Roof dalam pek setengah gelen (2 liter) dari pasar raya berkenaan.

Suspek didakwa dengan pertuduhan jenayah dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda hingga AS$10,000 (RM41,339).

: Keller Public Safety , Twitter

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...