EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jihan tetap teruskan tugas pengacara gv walaupun dikatakan kontek rapat alif star. Ini respond jihan

0 month ago, 22-Nov-2020

PENGACARA terkenal, Jihan Muse tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya selepas didakwa menjadi kontak rapat kepada bintang serba boleh, Alif Satar, Jumaat lalu.

Bagaimanapun ujar Jihan, program Xtravaganza With Xpander yang disiarkan menerusi platform media sosial Jumaat lalu telah menjalani rakaman dua minggu lebih awal.

Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.

Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan, jelasnya.

Tambah Jihan, dia akan tetap menjalankan ujian Cov19 esok dan mendoakan rakannya itu cepat sembuh.

Kita doakan Alif dan semua cepat sihat. Walau macam mana pun saya akan jalankan tanggungjawab dengan membuat ujian saringan.

Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.

Orang disekeliling saya pun memakai penutup muka dan sarung tangan. Doa yang baik-baik, semoga semua berjalan lancar, ujarnya.

Berikut reaksi dari netizan

Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.

Betul tu..kene teruskan juga..kami dahagakan hiburan dikala wabak seperti ini..lagi pon ismail sabri kata acaran hiburan ikut sop

Dalam pada itu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) mengumumkan seorang artis yang menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, yang berlangsung sejak kelmarin, dij4ngkiti COVID-19 berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan.

STMB dalam kenyataan menyebut, artis terbabit sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Menurut kenyataan itu, artis terbabit menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mengetahui kontak rapat yang ditemuinya, Selasa lalu, didapati positif wabak itu, semalam.

Artis terbabit menjalani ujian mandatori C0VID-19 yang dikendalikan KKM semalam dan disahkan positif, hari ini.

STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan artis berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi mengurangkan risik0 kebarangjangkitan kepada warga kerja dan semua yang terbabit dalam program SFMM35.

Pada masa sama, kerja sanitasi di lokasi acara, Sri Pentas 2 juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM, kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, STMB memutuskan siaran langsung pentas akhir SFMM35 yang dijadualkan malam ini, ditunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kakitangan yang terbabit dalam produksi sudah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini.

Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan COV-19, katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Jihan tetap teruskan tugas pengacara gv walaupun dikatakan kontek rapat alif star. Ini respond jihan Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...