EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jihad dalam takut, kutip sisa klinikal Covid-19 antara tugas getir attendant hospital

0 month ago, 24-Mar-2020

Sejak beberapa hari yang sudah, barisan hadapan yang menggalas tanggungjawab menjadi individu yang menangani kes Covid-19 terus dihargai.

Pengorbanan mereka yang mempertaruhkan nyawa sendiri demi mengelakkan Covid-19 dari terus menular benar-benar mengharukan.

Selain daripada doktor dan jururawat, peranan attendant atau Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) turut bukan calang-calang dalam menghadapi kes Covid-19 ini.

Menerusi Facebook seorang individu dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah, dia telah menzahirkan ucapan penghargaan buat barisan attendant ini.

Menurutnya, pembantu perawat kesihatan atau PPK ini bukan sahaja menjadi runner kepada para doktor dan jururawat, tetapi turut tidak kenal erti lelah mengambilkan makanan buat para pesakit serta staf di wad isolosi.

Disampingi itu juga, mereka turut menanggung risiko dijangikiti kerana membantu membuang sisa klinikal daripada pesakit yang positif di dalam wad.

Walaupun takut, mereka tetap berjihad melakukan tugas-tugas tersebut bersama para frontliner demi menjaga pesakit.

Penghargaan dan ucapan terima kasih daripada pengguna Facebook itu telah membuatkan ramai warganet turut sama-sama meninggalkan komen di ruangan tersebut.

Ucapan terima kaish itu bukan sahaja ditujukan kepada PPK, malahan semua frontliner termasuklah juru X-ray, jurumakmal, pekerja kebersihan dan juga petugas-petugas kesihatan yang lain.

: Rabiatul Adawiyah


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...