EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jerung Mako mengganas tunjukkan bakat, hampir mendarat di dalam bot nelayan

0 month ago, 28-Jul-2020

Buat golongan nelayan, melihat aksi dan pergerakan ikan di laut dalam semestinya merupakan perkara biasa dan tidak begitu mengujakan.

Tetapi tidak bagi aksi lompatan ataupun akrobatik ikan jerung Mako ini, sehinggakan ada individu yang sempat merakamkannya!

Baru-baru ini, seorang nelayan berjaya merakamkan video yang menunjukkan seekor ikan jerung Mako yang melompat keluar daripada permukaan air dan hampir sahaja mendarat di dalam bot pemancing.

Nature is Amazing/Facebook

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di kawasan perairan di Australia, di mana ikan berkenaan dilihat melakukan lompatan setinggi kira-kira 20 kaki.

Ianya merupakan satu bakat atletisme yang luar biasa! Untuk makluman, jerung Mako ini merupakan baka jerung terpantas di dunia hampir 50 batu per jam.

Menurut pakar, Dovi Kacey, ikan jerung Mako ini lazimnya tidak akan melompat keluar daripada permukaan air melainkan dipancing.

Nature is Amazing/Facebook

Dan jika terkena mata kail, maka ikan jerung Mako akan melakukan aksi lompatan berkenaan dalam cubaan untuk meloloskan dirinya.

Tetapi ada juga aksi lompatan jerung ini yang hanya dibuat secara bebas tanpa melibatkan mana-mana kegiatan pemancing yang cuba memancingnya.

Foto hiasan/National Geographic

Dalam rakaman video ini, tidak dapat dipastikan pula sebab utama ikan jerung tersebut melompat keluar daripada air sama ada terkena mata kail atau sengaja melompat.

Mungkin ikan jerung ini hanya mahu menonjolkan bakat akrobatiknya sahaja seperti beberapa foto ikan jerung Mako di bawah ini :

#1 Satu dua, tiga...lompat!

keithsd/YouTube

#2 Mengagumkan..

San Diego Saltwater Fly Fishing-Capt. Mark Martin/Facebook

#3 Gaya macam ni pun ada!

Ultimate Fishing/YouTube

#4 Yang ni sampai mendarat atas kapal nelayan..

Newsflare/YouTube

#5 Teruskan melompat

The Online Fisherman

Jerung Mako mengganas tunjukkan bakat, hampir mendarat di dalam bot nelayan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...