EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jepun, IOC setuju tunda Olimpik

0 month ago, 24-Mar-2020

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata beliau dan ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju menangguhkan Olimpik Tokyo untuk tempoh setahun.

Abe berkata kepada wartawan malam ini selepas berbincang dengan Presiden IOC, Thomas Bach mengenai penangguhan temasya sukan terbesar dunia itu susulan pandemik Covid-19.

Kami meminta Presiden Bach untuk menimbangkan penangguhan tempoh setahun bagi menjadikan ia temasya yang boleh disertai semua atlet dan bersaing pada tahap terbaik dan menjadikan acara itu selamat serta tidak membahayakan penonton, kata Abe.

Presiden Bach berkata beliau juga bersetuju 100 peratus.

Tokyo sudah melengkapkan persiapan apabila virus yang membawa maut itu mula menular di seluruh dunia.

Walaupun berulang kali menegaskan bahawa temasya itu akan tetap berlangsung seperti dirancang, Abe minggu ini berkata penangguhan mungkin tidak dapat dielakkan jika acara itu tidak dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike secara berasingan memberitahu wartawan bahawa temasya itu akan dilangsungkan pada musim panas 2021 dan akan dijenamakan sebagai Tokyo 2020.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...