EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jepun Rancang Menggunakan Sistem GPS Ketika Temasya Olimpik Tokyo 2020 Cegah Penularan COVID-19

0 month ago, 10-Jun-2021

Tinggal 44 hari sahaja lagi sebelum tibanya detik pelancaran Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada 23 Julai kelak.

Bagi memastikan acara sukan tersebut berlangsung dengan lancar, Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 kini memaklumkan pihak akan menggunakan sistem GPS Global Positioning System untuk mencegah penularan COVID-19 sewaktu temasya itu berlangsung.

Menurut laporan The Japan Times pihak jawatankuasa memberi perincian bahawa, langkah ini tidak bertujuan untuk memantau keberadaan para pengunjung tetapi ingin mengesan pergerakan mereka secara reaktitf sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 berlaku.

Untuk makluman, fungsi sistem ini akan diaktifkan pada telefon pintar bagi individu yang terlibat dalam temasya ini. individu yang terlibat juga perlu menyatakan perancangan dan kedudukan mereka di Jepun untuk 14 hari pertama. Pihak yang terlibat merangkumi atlet, pegawai temasya, serta petugas media.

Selain itu, persetujuan penggunaan sistem ini telahpun diperolehi oleh pegawai Olimpik di seluruh dunia. Bagaimanapun pihak Jawatankuasa Penganjur akan memberi keputusan penilaian akhir pada akhir Jun ini berhubung kebenaran kehadiran pengunjung tempatan pada temasya tersebut.

Meskipun akhir April telah memaparkan penurunan penularan di Jepun, namun kadar kes masih lagi tinggi.

Sementara itu, berhubung isu larangan kemasukan Malaysia bagi penyertaan Olimpik Tokyo 2020 itu kini telah dinafikan. Negara masih dibenarkan menyertai. Namun terdapat pertimbangan untuk memerlukan atlet dari beberapa negara perolehi suntikan penuh vaksin, sebelum tiba di Jepun.

Langkah itu untuk memastikan tiada sebarang jangkitan berlaku dari atlet luar.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...