EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

5 jenis buah perlu dielakkan ketika perut kosong, bawa mudarat pada tahap kesihatan tubuh

0 month ago, 22-Jul-2020

Umum sedia maklum akan kebaikan buah-buahan terhadap kesihatan tubuh, bukan? Tetapi waktu pemakanan juga perlu diberikan perhatian sebenarnya.

Pasti ramai di antara kita yang beranggapan bahawa makan buah-buahan sebelum makan utama mampu mengawal jumlah makanan yang akan dimakan kelak.

Foto hiasan/Photo-AC

Sementara untuk individu yang sedang berdiet dan dalam misi untuk menurunkan berat badan, buah-buahan akan dijadikan sebagai snek yang sihat. Tetapi tahukah anda bahawa tabiat ini sebenarnya boleh menyakiti tubuh?

Menurut Guo Dawei selaku presiden Perubatan Tradisional Cina Fuyuan, Hospital Umum Yunlin mengatakan bahawa sesetengah buah tidak sesuai dimakan ketika perut kosong, antaranya :

#1 Buah-buahan yang terlalu manis

Foto hiasan/Facebook

Buah seperti laici, mangga, tembikai, tebu, pisang dan pelbagai lagi yang tinggi kandungan gula akan menyebabkan pemakannya berasa kenyang. Ia juga akan mengurangkan selera makan.

Walau bagaimanapun, buah-buahan ini tidak berkesan untuk mengurangkan tahap lemak dan menurunkan berat badan jika dimakan ketika perut kosong proses penghadaman dan penyerapan nutrien agak pantas dan secara langsung.

Fruktosa di dalam buah terbabit akan ditukarkan menjadi trigliserida di dalam badan, yang akan menyebabkan hiperlipidemia. Kalori 2 buah pisang bersamaan dengan setin minuman bir Heineken, jelas Guo.

Kandungan ion potasium dan magnesium juga agak tinggi menyebabkan ketidakselesaan fizikal jika makan ketika perut kosong, seperti pening. Tetapi makan pisang sebelum bersenam tiada masalah.

Buah yang manis juga akan merangsang rembesan asid gastrik. Jika seseorang mempunyai masalah gastrik, makan sebiji ceri sahaja boleh menyebabkan ketidakselesaan gastrousus.

Buah-buahan ini juga akan meningkatkan rembesan insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan menyebabkan hipoglikemia, membuat pemakannya berasa mengantuk setelah memakannya.

Antara gejala hipoglikemia termasuklah berpeluh sejuk, berdebar, menggeletar dan rasa lemah badan. Hipoglikemia ini akan merosakkan fungsi otak dan boleh menyebabkan koma. Ianya agak berbahaya untuk orang tua dan kanak-kanak.

Ini kerana mereka berisiko lebih tinggi untuk mengalaminya berbanding dengan golongan dewasa yang mempunyai sistem saraf yang lebih relatif dan stabil.

#2 Buah-buahan yang terlalu masam

Foto hiasan/Pixabay

Misalnya buah kiwi, buahan sitrus dan pelbagai lagi buah yang mengandungi tahap asid yang tinggi berupaya memicu rembesan asid gastrik.

Buah hawthorn misalnya berfungsi untuk menguraikan makanan dan menghalang pengumpulan selain menghilangkan stasis darah jika dimakan selepas makan. Ianya membantu proses pencernaan.

Namun jika makan ketika perut kosong, ia akan merangsang perut untuk mengeluarkan asid gastrik lalu meningkat rasa lapar dan menyebabkan ketidakselesaan pada perut.

#3 Buah tinggi kandungan tanin

Foto hiasan/Pixabay

Tomato misalnya memiliki kandungan asid tanin yang berupaya mencantikkan kulit namun memakannya ketika perut kosong bercampur dengan asid tanin dan gastrik akan menyebabkan ketidakhadaman atau sakit perut.

Tambah Guo, sesetengah pesakit sukar untuk tidur kerana berasa tidak selesa pada perut. Makan buah sebegini ketika perut kosong berupaya menyebabkan batu karang, batu hempedu, keradangan pundi hempedu dan penyakit lain.

#4 Buah tinggi kandungan oxalate

Foto hiasan/Pixabay

Kandungan asid oxalate yang tinggi dalam buah belimbing perlu dihindari khasnya buat pesakit buah pinggang. Walau bagaimanapun, mereka yang sihat juga tidak dinasihatkan untuk makan dalam kuantiti yang banyak, apatah lagi ketika perut kosong.

Ada sesetengah kes di mana pesakit mengalami kegagalan buah pinggang akut kerana terlalu banyak minum jus belimbing. Ianya menyebabkan dehidrasi dan keadaan bertambah buruk ekoran kandungan asid oxalate yang berlebihan.

Jurnal Perubatan Keluarga Taiwan mengesyorkan orang ramai untuk mengambil buah ini secara bersederhana selain perlu minum air secukupnya.

#5 Buah yang sejuk

Foto hiasan/Pixabay

Contohnya tembikai, buah naga, pir dan pelbagai lagi. Pakar perubatan tradisional Cina menganggap ianya sebagai sejuk dan mampu mengecutkan saluran darah dan juga dinding usus jika memakannya.

Oleh itu, memakan buah-buahan yang sejuk semasa perut kosong akan menyebabkan kesukaran dalam peristalsis gastrousus. Guo juga berkongsi pengalaman peribadinya.

Pernah sekali saya hanya makan buah pir. Selepas itu, saya merasa seperti terdapat pukulan pada bahagian perut, ceritanya.

Jika anda mahu makan buah ketika perut kosong, makanlah buah epal, jambu batu, betik dan anggur kerana ia mampu membantu untuk mengurangkan berat badan ekoran kaya dengan serat.

Selain itu, seeloknya buah dimakan selepas makanan utama, sekurang-kurangnya sejam sebelum terutamanya jika anda mengalami masalah berkaitan dengan usus, penghadaman dan seumpamanya.

Tetapi jangan terlebih makan pula sebelum makan buah. Ini kerana buah mengandungi serat dan asid organik yang tinggi boleh menyebabkan sembelit dan kembung perut dengan mudah.

5 jenis buah perlu dielakkan ketika perut kosong, bawa mudarat pada tahap kesihatan tubuh Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...