EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jemaah terbuang passport, petugas Tabung Haji gigih kais sampah cari sampai jumpa

0 month ago, 10-Jul-2019

Cepat sungguh masa berlalu, kini sudah tiba musim haji dimana sudah ada beberapa kumpulan jemaah bakal berangkat ke kota suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam ke lima.

Namun, dugaan datang tanpa diduga, tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah video para petugas Tabung Haji Travel (THT), sedang bertungkus lumus mencari passport salah seorang jemaah haji di dalam timbunan sampah.

Difahamkan, keadaan menjadi kecoh apabila salah seorang jemaah haji mendakwa telah terbuang passportnya ke dalam tong sampah, kejadian itu mengakibatkan penerbangan terpaksa ditunda.

Dapat diperhatikan di dalam video tersebut, beberapa petugas THT memeriksa kesemua tong sampah bagi mencari semula passport jemaah tersebut.

Alhamdulillah, dengan izin Allah passport yang hilang itu berjaya ditemui oleh salah seorang petugas di dalam timbunan sampah yang telah mereka kumpulkan.

Melihatkan kesungguhan para petugas THT, rata-rata netizen menzahirkan rasa terharu di atas kesabaran mereka yang tidak kisah mengorek sampah demi mendapatkan semula passport jemaah yang hilang itu.

Semoga kejadian ini menjadi satu iktibar buat para jemaah haji agar lebih berhati-hati, dan memeriksa segala dokumen penting yang diperlukan. Tahniah juga diucapkan kepada petugas THT, semoga usaha kalian mendapat rahmatNya.

: Penangkini

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com