EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jelas Telah Melanggar SOP.. Pihak Polis Siasat Aktiviti Santai Neelofa Dan PU Riz Di Langkawi

0 month ago, 04-Apr-2021

Sepanjang minggu lepas, kehadiran Neelofa dan PU Riz ke Pulau Langkawi telah mengundang tanda tanya orang ramai.

Meskipun disahkan mempunyai kebenaran untuk merentas negeri atas urusan kerja, namun beberapa gambar mereka bersiar-siar dan melakukan aktiviti popular di kepulauan itu membuatkan ramai yang terus sangsi.

Advertisement

BACA: Polis Dedah Neelofa Dan PU Riz Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

Terbaru, usahawan wanita tersebut dan suaminya dilaporkan akan dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan gambar dan video yang tular di mana mereka dilihat bersiar-siar di Langkawi.

neelofa langkawi

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mereka mendapati pasangan tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) berdasarkan foto dan video tersebut yang dimuat naik di media sosial.

Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

Advertisement

Mengikut prosedur yang sepatutnya pihak polis lakukan, Neelofa dan PU Riz akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? (@lofa.page)

Tambahnya lagi,pegawai akan mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan mereka berdua itu adalah sebahagian daripada urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP. Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).”

Semoga siasatan dijalankan dengan telus.

Jelas Telah Melanggar SOP.. Pihak Polis Siasat Aktiviti Santai Neelofa Dan PU Riz Di Langkawi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...