EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

YB Jelajah Kampung Hulur Bantuan Keluarga Miskin

0 month ago, 20-May-2020

Mohd Nor (dua dari kiri) menziarahi salah satu keluarga yang kurang bernasib baik.

MARANG, 20 Mei Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah melakukan jelajah ke setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri itu berkata, jelajah tersebut turut memberi keutamaan terhadap rumah rakyat yang mempunyai masalah kesihatan.

Katanya, melalui aktiviti turun padang sebegitu beliau sendiri dapat merasai kesukaran hidup yang dialami penduduk di sana.

Alhamdulillah sebanyak 14 buah kampung sudah menerima sumbangan berupa kad raya, beras, dan kek. Insya-Allah sebanyak 11 lagi kampung yang masih berbaki akan turut menerima sumbangan sama.

Agihan sumbangan ini akan diagihkan mengikut bilangan rumah pada setiap kampung dan sumbangan disalurkan sendiri oleh saya atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang bertugas. Insya-Allah tidak akan ada rumah yang tercicir dan tidak dapat, katanya ketika dihubungi pemberita semalam.


Turut hadir dalam aktiviti ziarah dari rumah ke rumah tersebut adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru masyarakat supaya memanfaatkan hari yang berbaki dalam bulan Ramadan untuk beramal ibadat.

Harapan saya di bulan mulia yang masih lagi berbaki beberapa hari dan hari raya yang kian tiba, marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadat dan mengislahkan diri kita pada Allah agar setiap hidup dan amalan kita diterima oleh Allah. Insya-Allah, tambah beliau.




: teganukita.net

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...