EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ayda Jebat kecewa pengikut di IG suruh minta cerai dengan Nabil Mahir

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang sudah berkahwin selama 13 hari sering memuat naik aktiviti harian bersama suaminya Nabil Mahir untuk tatapan umum.

Apatah lagi sedang menikmati bulan madu di Langkawi, detik manis dan romanis perlu dikongsi di laman Instagram sekali gus menggembirakan hati peminat.

Tetapi, ada pula seorang pengikut Instagramnya membalas Instastory dengan memberikan mesej yang agak biadab dan keterlaluan.

Mesej yang ditinggalkan oleh pengikutnya bernama @amir_akrhonianz itu meminta Ayda bercerai dengan suaminya dan berkahwin dengan aktor Zul Ariffin. Eh boleh pula macam tu? Macam-macam!

Ceraikan jela suami awak tu. Lebih baik kahwin dengan Zul Ariffin, tulis pemilik akaun berkenaan.

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik, pelakon berusia 29 tahun itu terkilan dan sedih kerana masih wujud lagi orang yang berperangai sebegitu.

Ada lagi orang macam ni, tulis Ayda ringkas.

Mungkin penangan drama Rindu Awak 200% yang dilakonan oleh Ayda dan Zul sebelum ini, menyebabkan ada segelintir individu terbawa-bawa cerita ke realiti.

Bagaimana menurut laporan media, mereka nafi menjalin hubungan cinta sebaliknya hanya berkawan dan menghayati watak dibawa bagi menjayakan drama yang digandingkan bersama.

: Instagram Ayda Jebat



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...