EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

TMJ jawab kritikan tiada di stadium, sindir isu RM100 juta KBS

31 month ago, 18-Aug-2017

Malaysiakini 18/8/17

Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas para pengritiknya termasuk menyindir Kementerian Belia dan Sukan (KBS) susulan isu ketiadaan beliau pada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negara pada temasya Sukan SEA 2017.

Presiden FAM itu mengingatkan tentang sumbangan beliau kepada FAM sewaktu badan induk bola sepak negara itu, liga dan pasukan lain tidak mempunyai dana.
"Berkenaan beberapa pihak yang mempertikaikan mengapa saya tiada di stadium untuk memberi sokongan pada skuad kebangsaan di Sukan Sea 2017 ini. Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit.
"Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan," kata Tunku Mahkota Johor dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT hari ini.

Malah, Tunku Ismail berkata, Sultan Johor baru-baru ini turut mengurniakan sebanyak RM4 juta kepada FAM bagi menyusun struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.
"Insentif kepada skuad kebangsaan B-22 (bawah 22 tahun) juga telah diberikan apabila mereka berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China," katanya.

Tunku Ismail turut mempersoalkan di mana KBS dan pengkritik beliau ketika FAM memerlukan bantuan kewangan.
"Walau apa pun saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami," katanya.
Isu wang berjumlah RM100 juta itu merujuk kepada dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta di KBS tahun lalu.

Bercuti bersama keluarga
Tunku Ismail berkata, beliau tidak berminat untuk berpura-pura menunjukkan muka di stadium untuk mendapatkan sokongan kerana bukan ahli politik.
"Jadi, sebelum nak mempertikaikan dan menghukum sesiapa, fikir dulu. Jangan malukan bangsa Melayu dengan sikap busuk hati.

"Daripada pengalaman saya, jika dibandingkan dengan India atau Cina, kebanyakannya bangsa Melayu sahaja yang menghina raja mereka setiap hari. Tetapi apabila susah dan tersepit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari raja-raja mereka," tegas pemilik JDT itu.
Tambah TMJ, beliau sudah menghantar wakil iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara.

"Jika ada pihak yang bertanyakan di mana saya ketika ini, saya berada di luar negara sedang bercuti ketika ini.
"Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya, wahai encik-encik yang saya hormati sekalian," jelas Tunku Ismail

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...