EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Jasmine mampu pertahan gelaran

0 month ago, 11-Jul-2019

PEMAIN golf Thailand, Thidapa Suwannapura dijangka mempertahankan kejuaraan terbesar dalam kariernya minggu ini di LPGA Marathon Classic sementara pencabar yang ditewaskan pada playoff 2018, Brittany Lincicome, meraikan kelahiran cahaya mata baru.

Gadis berusia 26 tahun dari Bangkok, yang dikenali dengan panggilan Jasmine, mengalahkan Brittany tahun lalu dalam par-71 Highland Meadows di Toledo, Ohio, dengan birdie lubang extra pertama selepas menamatkan agle-birdie untuk bersaing dalam playoff.

Perasaan amat bagus untuk kembali semula di sini, kata Jasmine. Kemenangan, bagaikan memberitahu saya jangan mudah menyerah kalah dalam apa jua perkara. Anda harus percaya bahawa anda cukup bagus untuk berada di sini dan bagus dalam apa yang kamu lakukan.

Keyakinan menempuhi kejayaan itu meningkatkan semangat Jasmine pemain di ranking 106, selepas mengalami kecederaan tulang belakang pada 2016 yang membataskan aksi pukulannya.

Saya sememangnya meletakkan tekanan kuat, kata Jasmine. Saya rasa tidak perlu memberi tumpuan untuk memenuhi kad jelajah. Saya sebenarnya menumpukan perhatian kepada meningkatkan mutu permainan.

Seperti emosi saya, saya fikir kebahagian ketika bermain golf. Saya lebih yakin dan percaya akan ada hari terbaik untuk saya dan kemungkinan menang lagi suatu masa nanti.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com