EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jasmin Hamid Terkilan Hantaran Instagram Dilabel Sampah Oleh Pihak Tertentu

0 month ago, 09-Jun-2021

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meluahkan rasa kecewa di laman Instagram nya berikutan terdapat dakwaan daripada sesetengah pihak yang menyifatkan akaun sosial media nya seperti kotor dan sampah berikutan sering mempromosikan drama lakonannya.

Hanya Berkongsi Drama Lakonan

Via @saufi_ramli

Menurut Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah binti Abdul Hamid,47 dia akui tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial dan hanya berkongsi tanggungjawab nya sebagai seorang pelakon.

IKLAN

Kotor??? Sakit mata?? Sosial media saya kotor, banyak sampah

Kamu lainlah,FOLLOWERS BERJUTA Kamu ada kereta mewah, rumah mewah, job besar, semuanya HEBAT.. Cantiklah kalau post dan war-warkan di sosmed.Itu hak kamu! JANGAN KHUATIR sebab saya TAK AKAN KOTORKAN SOSMED KAMU dengan gambar saya. Ambil gambar dengan saya pun tak perlu sebab gambar tu pun nanti cuma akan di post masa HARI MATI SAYA je dengan ucapan AL -FATEHAH (di baca) . Itupun kalau ada gambar saya la .REPOST pun tak perlu. Nanti kotor pulak sosmed kamu yang cantik itu tulis Jasmin

Peminat Kekuatan

Bagaimanapun, dia bersyukur dan menghargai mereka yang menyokongnya selama ini kerana menganggap ia sebagai sumber kekuatan untuk terus menapak di dalam industri seni.

Saya cuma Semut Merah..

Tak punya apa-apa.. Kalau ada pun, saya tak akan pamerkan harta dunia..
Saya cuma nak pamerkan kerja-kerja saya sebagai PELAKON dan kadangkala isu semasa sebagai RAKYAT MALAYSIA..

Walaupun SOSMED saya TAK ADA BERJUTA FOLLOWERS, Saya tetap SAYANG dan HARGAI SUPPORTERS sayaSebab tu saya share drama-drama saya dan isu-isu semasa dengan SUPPORTERS saya.. SUPPORTERS saya lah yang kuatkan semangat saya untuk terus berjuang dalam dunia seni.. luahnya

Dalam hantaran yang sama, pelakon Cukup Derita Itu ini juga kecewa dengan sikap pelakon yang berkira apabila pengarah mahupun stesen televisyen meminta mereka untuk mempromosikan drama lakonan sendiri.

Artis INTERNATIONAL yang ada BERATUS JUTA FOLLOWERS pun promote drama/film mereka di sosmed mereka juga ..kita ini cuma ARTIS MALAYSIA, celah gigi diaorang je kot .. So tak perlu la nak MENDABIK DADA dengan kemasyuran yang ALLAH PINJAMKAN TU .. PRODUCER /TV STATION minta tolong promotekan drama lakonan sendiri pun, ada yang berkira.Lagipun kemudahan ada di hujung jari, jadi gunakanlah dengan BIJAK! katanya lagi

Menjengah ruangan komen, peminat serta rakan-rakan selebriti dan pengarah seperti Hj Zil, Datuk Ayu Puteh, Amyza Adnan,Fasha Sandha, Shah Iskandar,Raja Ilya dan ramai lagi menitipkan kata-kata semangat buat Jasmin selain memintanya untuk mengabaikan komen negatif berkenaan.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...