EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jasmin Hamid Kecewa Akaun IG Dilabel Sebagai Sampah

0 month ago, 10-Jun-2021

Pelakon dramaCukup Derita Itu iaitu Jasmin Hamid ungkap rasa kecewa dengan segelintir netizen di Instagram yang sesuka hati melabelkan akaun media sosialnya itu sebagai ‘sampah’ kerana terlalu banyak mempromosikan drama lakonannya itu.

BACA: Ikat Ubat Nyamuk Di Badan, Ruhainies Teruja Bawa Watak Penoreh Getah

Advertisement

Jasmin atau nama sebenar Jasmiah Abdul Hamid menjelaskan akaun media sosialnya itu bukanlah mempunyai ramai pengikut, dia cuma mahu berkongsikan drama lakonannya dalam dram Cukup Derita Itu kepada peminat-peminatnya sahaja.

Salah ke bila saya promote (promosi) drama lakonan saya dan juga isu-isu semasa di media sosial saya sendiri? Ada orang kata media sosial saya kotor sebab penuh dengan drama promosi drama sendiri. Sedangkan artis antarabangsa pun gunakan platform media sosial mereka untuk promosi filem mereka serta isu semasa.

 

Melalui hantaran yang sama di Instagram, Jasmin juga turut bersyukur dengan netizen yang tetap menyokongnya sepanjang kariernya menjadi seorang pelakon dan ia merupakan kekuatan untuk dirinya terus bergiat dalam bidang industri lakonan.

Jasmin hamid : Instagram Jasmin Hamid  

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya meminta Jasmin untuk tidak menghiraukan pandangan negatif daripada netizen itu dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

Jasmin Hamid Kecewa Akaun IG Dilabel Sebagai Sampah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...