EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dua jaringan Mata hampiri saingan Eropah

0 month ago, 30-Jun-2020

JAIME Mata meledak dua gol ketika membantu Getafe menewaskan Real Sociedad 2-1 dalam saingan La Liga pagi ini, sekali gus berada di landasan tepat memburu tempat dalam kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Getafe kelihatan berusaha memburu tempat di kedudukan empat teratas liga dengan empat kemenangan berturut-turut sejak penyambungan semula liga selepas pandemik Covid-19.

Namun mereka masih ketinggalan dua mata berbanding pasukan di tangga keempat, Sevilla.

Sociedad yang memperoleh tempat dalam Liga Juara-Juara sebelum liga ditangguhkan kerana Covid-19, hanya memungut satu mata daripada 15 mata yang ditawarkan dan kini ketinggalan tujuh mata di tempat ketujuh.

Sevilla yang mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Real Valladolid pada Sabtu memberi ruang kepada Getafe untuk merapatkan kedudukan mata, dan mereka membuka jaringan menerusi penalti yang disempurnakan Mata pada minit ke-20.

Bekas sayap Manchester United, Adnan Januzaj menyamakan kedudukan buat Sociedad, 10 minit selepas waktu rehat yang juga gol ketiga liga bagi dirinya pada musim ini.

Namun Mata memastikan kemenangan pasukan itu ketika perlawanan berbaki tujuh minit selepas dia memanfaatkan lontaran ke dalam pantas Jorge Molina dan melakukan rembatan untuk menghasilkan gol dari sudut sukar.

Pasukan di tangga keenam Villarreal kekal dalam pemburuan tempat saingan Liga Juara-Juara dengan hanya perbezaan satu mata.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...