EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resepi Apam Pisang Cheese Yang Super Sedap, Nak Buat Pun Mudah Je!

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Kuih Apam Pisang Cheese memang sangat jarang dibuat orang. Tetapi gabungan moden dan lama ini pastinya sangat sedap dan menyelerakan. Kalau makan satu pastinya tak cukup. Walaupun dah kenyang memang makan lagi dan lagi. Sebab apa? Sebab sedaplah. Malah nak menyediakan Apam Pisang Cheese ini juga agak mudah. Jadi memandangkan sekarang musim PKP jadi mungkin anda semua boleh sediakan kuih ini untuk minum petang atau dessert tambahan.

Jarang Dibuat Orang, Ini Dia Resepi Apam Pisang Cheese Yang Super Sedap, Nak Buat Pun Mudah Je!

ADUNAN APAM PISANG

Bahan-Bahan:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdt soda bikarbonat

**Ayak semua bahan

  • 1 1/2 cwn pisang emas yg dilenyek
  • 1 cwn minyak jagung
  • 3/4 cwn gula pasir
  • 3 biji telur A

Cara Penyediaan:

  1. Blend telur, minyak jagung dan gula sehingga sebati
  2. Masukkan pisang blend lagi, 2x treett ok stop
  3. Dalam bekas lain tuang bahan blend dan masukkkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit
  4. Gaul hingga sebati
  5. Ketepikan

ADUNAN CHEESE

Bahan-Bahan:

  • 250 gm cream cheese
  • 80 gm gula kastor
  • 25 ml susu cair
  • (air pun boleh)
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan
  2. Mix sampai sebati
  3. Masukkan dalam piping beg
  4. Ketepikan

PENYEDIAAN APAM PISANG CHEESE

  1. Acuan disapu sedikit minyak
  2. Panaskan air hingga mendidih
  3. Paipkan adunan chese ke dalam acuan (agak nk tebal mana cheese nya ya)
  4. Kukus 3min
  5. Angkat kemudian tuang adunan apam pisang 3/4 paras acuan
  6. Kukus 10~15 min
  7. Sejukkan sedia dihidang

Nota: Adunan di atas menghasilkan kira-kira 50 biji Apam Pisang Cheese.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mas Cotek

0/5 (0 Reviews)



SUMBER : dailymakan.com



Live Website Traffic


loading...