www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Jantung Terhenti 10 Minit, CPR & Kejutan Elektrik 2 Kali Sebak Lihat Lana Menangis, Mohon Doakan Anak Keduanya

0 month ago, 14-Feb-2019


Please follow and like us:

1

Pelakon, Lana Nodin memaklumkan pembedahan jantung anak keduanya, William Daud McKienzie yang berusia dua bulan terpaksa ditangguhkan selepas jantung bayi itu terhenti selama 10 minit semalam.

Menurut Lana, jantung William yang mengalami masalah injap (aortic stenosis) terhenti selepas dimasukkan ubat bius sebagai persediaan untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Lana menceritakan detik cemas itu sambil mengalirkan air mata menerusi Insta Story miliknya semalam.

Berat saya nak cakap, masa bagi bius jantung anak saya stop selama 10 minit. Doktor kemudiannya melakukan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR) tetapi tiada respon.

Namun selepas melakukan kaedah Defibrilasi iaitu kejutan elektrik sebanyak dua kali barulah dapat dihidupkan semula jantungnya.

Procedur terpaksa ditangguhkan, sekarang anak saya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pantauan selama 48 jam.

10 minit tu lama tau, kita dalam air dua minit pun dah lemas Alhamdulillah, setakat ini dia dah stabil.

Saya cuba menjadi seorang yang kuat tapi bukan mudah untuk kita terima bila tahu jantung anak kita berhenti 10 minit.

Doktor pun tak putus asa, terus bagi CPR. Minta anda semua tolong doakan lah anak saya kongsinya sebak.

Terdahulu, William dikesan mengalami masalah injap jantung sejak dilahirkan dua bulan lalu.

Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan anak pertama, Gia Quinn McKienzie, 2.

Foto: Instagram @lananodinmckienzie

: Gempak

Anak kedua kepada pelakon Lana Nodin, William Daud Mckienzie bakal menjalani pembedahan jantung pada Isnin ini kerana masalah injap (Aortic Stenosis).

Menurut Lana, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat.

Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.

Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini.

William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.

Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak, katanya.

Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.

Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.

Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti, katanya.

Lana dan suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.

: Harian Metro via Gempak




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts