EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Janna Nick Dikecam Nak Bina Pusat Tahfiz, PU Syed Nasihat Netizen Jangan Pertikai Rezeki Artis

0 month ago, 09-May-2022

Baru-baru ini netizen mempersoal niat baik Janna Nick untuk membina pusat tahfiz dan anak yatim oleh kerana hasil duit yang diperoleh sebagai anak seni.

Oleh kerana pertikaian yang disuarakan oleh netizen, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, menyatakan bahawa manusia tidak mempunyai hak menilai pendapatan seseorang.

Advertisement

PU Syed juga turut menyokong keinginan artis berkenaan untuk mendirikan pusat tahfiz. Menurutnya juga, perkara tersebut merupakan perkara yang baik dan pembukaan pusat tahfiz mampu membuka peluang untuk masyarakat mengumpul dan menyumbang pahala.

Selain itu, berdasarkan laporan mstar, PU Syed juga berkata bahawa perbuatan Janna Nick itu merupakan salah satu cara untuk berhijrah dan statusnya sebagai seorang ‘public figure’ mampu menarik minat ramai orang untuk melakukan perkara yang sama.

Dia juga berharap supaya netizen lebih bertenang sebelum menyuarakan sesuatu dan bertindak lebih matang kerana perkara yang hendak dilakukan itu adalah halal dan berniat baik.

Advertisement

Sebelum ini pelakon Janna Nick memuat naik kongsian di Instagram miliknya bertanyakan pendapat orang ramai tentang duit hasil kareernya selama ini sama ada halal ataupun haram.

Janna Nick juga pernah meluahkan hasrat untuk membuka pusat tahfiz yang bernama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah namun inisiatif itu mendapat komen negatif oleh netizen.

janna nick dikecam pakai jubah ketat
7 jam lalu

Pakailah Jubah Longgar, Apo La - Netizen Kecam Janna Nick Pakai Baju Sendat Lawat Pusat Tahfiz

Janna Nick Dikecam Nak Bina Pusat Tahfiz, PU Syed Nasihat Netizen Jangan Pertikai Rezeki Artis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...