EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Janji Tak Nak Kacau Rumah Tangga, Tok Ram Syukur Dapat Lihat Anak Perempuan Naik Pelamin

0 month ago, 08-Apr-2021

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS meluahkan rasa syukur apabila masih berkesempatan untuk melihat anak perempuannya iaitu Nadiah Ramli mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan pada 21 Februari yang lalu.

Ramli MS : Instagram Datin Alyah  

Ujar Datuk Ramli MS yang lebih mesra disapa sebagai Tok Ram ini lagi, dia berjanji untuk tidak masuk campur dalam kehidupan rumah tangga baru yang dibina anak kesayangannya itu.

Advertisement

Mengganggap ianya sebagai satu fasa dalam kehidupan yang mesti dilalui, Tok Ram bersyukur kerana dapat melaluinya dengan kesihatan yang baik pada usianya kini.

Advertisement

“Saya tidak mahu campur dalam urusan kehidupan dia tapi saya tetap akan sokong sahaja apa yang dia nak. Selagi perkara itu tidak memerlukan saya, biarlah dia dengan kehidupan baharu..”

Sekadar info, Nadiah merupakan anak hasil perkahwinan Tok Ram dengan bekas isterinya yang terdahulu iaitu Jennifer Thompson yang juga seorang penggiat muzik tempatan. Selain Nadiah, mereka juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Najee.

Perkembangan lain, pengarah serta pengkritik muzik terkenal ini bakal muncul dengan program terbaharunya yang berjudul Panggung Tok Ram.

Rancangan yang berkonsepkan pencarian bakat baharu di bawah kelelolaan Ramli MS ini turut ditaja jenama susu terkenal negara iaitu Farm Fresh di mana format program ini adalah untuk mencari muka-muka baru untuk dimuatkan dalam industri seni, terhad kepada mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun.

Kemampuan peserta akan dinilai Datuk Ramli MS sendiri dan juga wakil daripada Farm Fresh dan seterusnya menyalurkan bakat-bakat peserta ke arah cabang seni yang bersesuaian dengan bakat serta kemampuan mereka, tidak kiralah dalam bidang muzik, lakonan atau pengacaraan.

Janji Tak Nak Kacau Rumah Tangga, Tok Ram Syukur Dapat Lihat Anak Perempuan Naik Pelamin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...