EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

LLM JANGKA EMPAT JUTA KENDERAAN GUNA LEBUHRAYA SEHARI

0 month ago, 11-Oct-2021

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan sehari terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Oktober 2021.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata Jumlah itu lebih tinggi berbanding 3.5 juta kenderaan sehari pada masa kini.

LLM telah bersiap sedia sepenuhnya dan telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya susulan pengumuman membenarkan rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap, melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini, 11 Oktober 2021.

LLM telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk menjadualkan pelaksanaan kerja kerja penyelenggaraan dan mengelakkan pelaksanaan penutupan lorong terutamanya di Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Kajang Seremban semasa cuti hujung minggu atau cuti umum bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya persediaan rapi juga perlu dilakukan di plaza tol bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan semasa melakukan transaksi di plaza tol.

Syarikat pengendali lebuh raya juga diarahkan untuk melakukan persiapan bagi memastikan semua kawasan rehat dan rawat dan hentian sebelah sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan baik dan teratur serta mematuhi prosidur operasi standard (SOP).

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia di talian 1 800 88 7752 untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik atau mendapatkan bantuan.

Maklumat keadaan trafik juga boleh diperoleh menerusi laman Facebook : Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di Twitter @LLMinfotrafik, katanya. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...