EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jangan tinggalkan along Ucapan hari jadi abang buat adik syurga, undang sebak

0 month ago, 19-May-2020

Tiada siapa di dunia ini mahu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna, namun percayalah setiap apa yang telah dijadikan Tuhan pasti ada hikmah disebaliknya.

Seperti perkongsian tweet famous,Azfarheri, yang popular dengan video masakan, telah bercerita mengenai adik lelakinya, bernama Afif, yang merupakan golongan anak-anak istimewa.

Bersempena dengan hari lahir Afif, Azfar baru-baru ini telah menitip ucapan buat adiknya dengan kata-kata yang telah membuatkan ramai begitu tersentuh.

Menerusi entrinya, Azfar sedar bahawa kondisi Afif tidak seperti orang lain. Menjaga anak istimewa itu memang mempunyai cabaran dan dugaan, namun kerana sayang dia tetap bertekad mahu sentiasa ada untuk adiknya walau apa jua keadaan.

Walaupun kadang kadang susah nak jaga afif tapi along tetap sabar dengan adik syurga along sorang ni sebab along tau setiap yang jadi tu ada hikmah dan ada ujian dia

afif mesti rindu nak jalan jalan naik kereta, sebab bila nak keluar je dia mesti akan bawak bedak and suruh i pakai kan hahahaha comel je pic.twitter.com/KBztQAC08z

Azfarheri #StayAtHome (@Azfarheri) May 18, 2020

Mahu melihat adiknya mampu berdikari, Azfar memberitahu dia akan cuba membimbing adiknya agar satu hari nanti dia boleh menguruskan diri sendiri tanpa perlu dibantu lagi.

Slow slow along akan ajar afif supaya boleh urus diri sendiri nanti okay insyaAllah lepas ni dah tak payah pakai pampes dah

tengok ni dia tak reti tiup lagi tau hahaha dulu dia tak reti sedut jugak tapi allhamdulillah lama lama kan tetiba satu hari tu dia boleh sedut tau, dah la time tu air starbucks, tah tah air mahal je baru kau nak sedut hahahaha but allhamdulillah syukur ?? pic.twitter.com/wyIJynDdD3

Azfarheri #StayAtHome (@Azfarheri) May 18, 2020

Ucapan hari lahir penuh menyentuh hati itu telah mendapat perhatian netizen, sehinggakan di twitter nama Afif kini menjadi trending.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pengorbanan Azfar, dan sifat kasih sayangnya dalam menjaga Afif dengan penuh perhatian.

Bukan senang nak dapat abang macam Azfar, semoga kisah ini menjadi inspirasi buat orang ramai bahawa kasih sayang itu adalah kekuatan sebenar dalam sebuah ikatan kekeluargaan.

: Azfarheri


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...