www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Jangan terlalu mengejar piala: Dollah

0 month ago, 16-Apr-2019


KETUA Jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak hanya memberi fokus kepada saingan merebut piala domestik (Piala FA dan Piala Malaysia) semata-mata, sebaliknya turut mementingkan kecemerlangan Tok Gajah dalam saingan Liga Super.

Menurut Dollah, sebagai jurulatih beliau sudah pasti mahukan anak-anak buahnya memburu trofi kejuaraan yang dipertandingkan musim ini, apatah lagi Tok Gajah merupakan penyandang juara Piala FA.

Bagaimanapun, Dollah memberitahu, beliau hanya menumpukan satu demi satu perlawanan buat masa sekarang tanpa memberi penekanan kepada satu-satu kejohanan sahaja.

“Saya tumpu kepada semua. Kalau cakap saya mahu sampai tiga piala (musim ini) tapi tak berhasil… habis saya! Tapi memang benar, mana-mana jurulatih sekalipun pasti mahukan sekurang-kurangnya satu piala.

“Cuma dengan keadaan sekarang (liga yang semakin kompetitif), saya rasakan ia tidak mudah tapi tidak juga mustahil. Paling penting, kita perlu tumpu daripada satu kepada satu perlawanan,” katanya.

Malam ini, Pahang bakal dicabar pasukan daripada Liga Premier, UKM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Mengulas aksi tersebut, Dollah tidak mahu barisan pemainnya mempersia-siakan peluang jika mahu melangkah jauh dalam kejohanan tersebut yang mula diperkenalkan sejak tahun 1990.

“Dalam perlawanan sebelum ini kita banyak cipta ruang dan peluang tapi gagal jaringkan gol. Jadi benda-benda macam ini perlu kami elakkan kerana kita tak nak menyesal di kemudian hari,” ujarnya.

Jangan terlalu mengejar piala: Dollah Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts