EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jangan samakan Malaysia dengan Eropah

37 month ago, 21-Oct-2017

TAHAP bola sepak Malaysia terlalu jauh untuk dibandingkan dengan kelab terkemuka Eropah, kerana walaupun mereka jarang beraksi, momentum serta fizikal pemain di sana tetap sama dan mampu menyumbang buat skuad kebangsaan.

Itu pandangan Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa mengenai perbandingan situasi bola sepak di Malaysia dan Eropah – berhubung tindakan pasukan yang mengumpul terlalu ramai pemain berstatus bintang.



Mohd Sadek bersetuju dengan pandangan bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir Ismail apabila menyatakan kemerosotan prestasi dan ranking skuad Harimau Malaya disebabkan penghijrahan pemain bintang tempatan ke Johor Darul Tazim (JDT).

Jelas pakar sukan itu, berdasarkan kajian ilmiah agak mustahil untuk pemain tempatan mengekalkan tahap kecergasan jika mereka kerap memanaskan bangku simpanan bagi tempoh lama.

Saya bagi contoh, macam kita nak beli telur di kedai atau pasar raya. Telur mempunyai pelbagai gred dari A, B dan C. Sekiranya kita nak telur yang baik, tentunya seseorang itu akan membeli gred A.

Begitu juga dengan industri bola sepak. Mana boleh kita nak samakan liga peringkat A (di Eropah) dengan liga kita di gred belakang.

Malah, budaya bola sepak di Eropah jauh lebih baik dengan tahap pemain simpanan mampu memberi persembahan sama seperti kesebelasan utama. Namun tidak di Malaysia, kerana jurangnya amat ketara.

Dalam konteks JDT, apabila kesemua pemain tempatan yang terbaik dikumpulkan dan hanya beberapa orang saja kerap beraksi, ia secara tidak langsung menyumbang kepada kemerosotan prestasi mereka.

Ada kebenaran yang diperkatakan itu, terutama apabila kita melihat sebahagian besar pemain dari kelab itu gagal membantu skuad kebangsaan meskipun mereka kerap berlatih bersama, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, selepas kritikan pedas bekas pemain utama skuad Olimpik Moscow 1980 itu, beberapa tokoh sukan tanah air tampil mempertahankan polisi kelab JDT itu sekaligus menepis dakwaan Jamal.





Antara yang lantang bersuara adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang menyifatkan pandangan itu sebagai satu pemikiran yang begitu sempit dan tidak masuk akal.

Malah, ia turut menarik minat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar apabila menyelar otai lama itu dengan menyifatkan idea berkenaan sebagai pandangan lapuk yang layaknya berada di muzium.

Mengulas lanjut, Mohd Sadek berkata, pemain generasi baharu daripada skuad bawah 22 tahun negara juga mungkin akan terkena masalah sama sekiranya berpindah ke kelab itu.

Namun, kalau mereka boleh bersaing merebut tempat, saya kira tidak ada masalah, seperti mana yang dilakukan Safiq Rahim yang berjaya mengekalkan prestasinya, katanya.

Beliau menganggap nisbah tidak seimbang iaitu 70:30 antara tonggak senior dan junior menyaksikan pasukan itu terpaksa menyimpan pemain muda di bangku simpanan. – Hmetro





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic


loading...