EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jangan Perlekehkan Kerja Mereka.. Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Ingatkan Penyamar Sitizoners

0 month ago, 04-Apr-2021

Jika sebelum ini agak kecoh di media sosial apabila isu berkaitan dengan imej serta rekaan kulit album penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering menjadi bual bicara serta dikritik ramai termasuklah peminat penyanyi itu sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Advertisement

Terbuka hati menerima teguran daripada peminat, Siti Nurhaliza mendedahkan bahawa kritikan seperti itu bukanlah sesuatu yang baru diterimanya.

Ujar Siti lagi, dia kerap menerima teguran termasuklah daripada ahli kelab peminatnya sendiri iaitu Sitizoners yang banyak memberi komen mengenai penampilannya ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terbaru, rekaan kulit album Siti yang berjudul ManifestaSITI2020 turut menjadi tumpuan apabila mereka ini mendakwa konsep yang ditonjolkan tidak sesuai dengan imej Siti dan seolah-olah seperti muka hadapan majalah hartanah.

Menyedari akan hal itu, Siti menerusi beberapa ciapan di laman Twitternya telah tampil ‘bersuara’ dan mengingatkan agar orang ramai berhenti membanding-bandingkan serta mempertikaikan cara dia bekerja.

Advertisement
Twitter Siti Nurhaliza : Twitter Siti Nurhaliza  

Dia dalam pada itu juga meminta para peminat agar tidak mudah merendah dan memperlekehkan usaha mana-mana pihak dalam pasukannya iaitu Siti Nurhaliza Production (SNP).

Tambah penyanyi yang kini sarat hamil anak ke-2 ini lagi, dia merupakan orang terakhir yang akan membuat setiap keputusan akhir bagi setiap produk dan hasil kerja seninya.

Sekadar info, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengusahakan perniagaan berupa produk kosmetik, kesihatan dan juga. tudung selain menyanyi sepenuh masa.

Jangan Perlekehkan Kerja Mereka.. Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Ingatkan Penyamar Sitizoners first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...