EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jangan Jadi Pencuri Daging Korban

0 month ago, 30-Jul-2020

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Isu mengenai daging korban di ambil orang lain bukan pertama kali berlaku. Tahukah anda, kalau ambil daging korban tanpa maklumkan kepada pemiliknya, ia boleh menjadi HARAM kerana mencuri.

Ini perkongsian dari Tuan Faisal Rahim di Twitter beliau

Ramai masih tak faham, daging korban adalah 100% milik penama yang menyertai korban. Kalau mereka nak sedekah, barulah boleh ambil daging tersebut.

Kalau kita tolong melapah daging dari pagi hingga tengah hari sekalipun, tidak bermakna kita ada hak atas daging korban tersebut. Hatta bulunya pun kita tidak ada hak untuk ambil.

Baca : Garis panduan ringkas pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKPP

Malah orang yang menyertai korban ini boleh ambil 100% daging korban miliknya tanpa bagi kepada sesiapapun. Itu adalah hak mereka.

Orang kita ni, kadangkala ketika tolong melapah dah pandai-pandai bahagi sesama mereka. Ada yang nak ambil ekor, kaki, kepala, perut dan sebagainya.

Ada yang siap sorok daging. Padahal orang yang berkorban belum bagi kebenaran.

Mereka itulah PENCURI DAGING dan HARAM daging yang dimakannya itu.

Sahabat, takutlah makan benda yang haram. Kena hati-hati sangat bab makanan ini. Ramai anggap benda ni remeh, padahal ia sesuatu yang sangat besar. Kerana makanan itu masuk ke dalam perut kita.

Mungkin dari 7 bahagian, ada 4 orang yang nak ambil daging korbannya untuk diberikan kepada keluarga dan kerabatnya, bahagian tu kita tak boleh ambil langsung.

Sebab itu digalakkan supaya masjid bagi upah duit untuk sesiapa yang bekerja untuk tolong melapah, sama seperti tukang sembelih haiwan korban.

Hukum sembelihan korban sama seperti hukum sembelihan haji. Daging dan kulitnya tidak boleh dijual dan tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya.

Terdapat sebuah hadith yang sahih berkenaan persoalan di atas yang mana menunjukkan terdapat larangan untuk diberikan upah kepada penyembelih daripada bahagian daging korban itu. Ianya hadith yang telah diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA iaitu:

????????? ?????????? ??? ???? ???? ???? ???? ??????? ????? ?????????? ????? ???????? ????????? ??????? ??? ????????????

Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya.

Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)

Tetapi, sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk dari kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan dari bahagian korban.

Begitu juga diharuskan untuk orang yang berkorban sendiri itu memberikan daging korban kepada penyembelih dan pelapah sebagai hadiah kerana itu merupakan hak orang yang berkorban.

Wallahu alam.

Rujukan : Mufti Wilayah & Faisal Rahim

Baca : Pendapat ulama mengenai hukum memotong rambut dan kuku sebelum ibadah korban


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...