www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Jangan ugut pembayar cukai, kata Guan Eng kepada LHDN

0 month ago, 16-May-2019


foto sumber internet

CYBERJAYA, 16 Mei Warga Lembaga Hasil Dalam Negeri  (LHDN) hendaklah menjalankan tugas tanpa sebarang ugutan seperti dahulu dan berdasarkan fakta dan angka, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Bila ada anggota yang bersenjata dan memakai topeng balaclava menemani LHDN dalam serbuan, ini menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat sehingga ia menyumbangkan sedikit sebanyak kepada kekalahan kerajaan ketika itu dalam pilihan raya umum lepas.

Loading...

Tindakan kasar yang dahulu telah pun dihentikan oleh kerajaan baharu, katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama warga LHDN, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah.

Lim berkata orang ramai digalakkan untuk membuat aduan yang akan disiasat dengan serius dan diambil tindakan tegas sekiranya berasas.

Ini adalah kerana sebagai pembayar cukai, mereka bukan lagi lawan tetapi adalah kawan yang bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, katanya, yang mahu warga LHDN menjalankan tugas secara profesional, amanah dan mengikut undang-undang.


Lim berkata pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dengan penalti hanya 10 peratus yang bermula 3 Nov tahun lepas dan sepatutnya berakhir pada 30 Jun tahun ini telah dilanjutkan sehingga 30 Sept ini atas permintaan rakyat Malaysia.

PKPS adalah satu hadiah daripada kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan percukaian, dengan mengemas kini kedudukan cukai pendapatan mereka, katanya.

Lim berkata kerajaan turut memberi tawaran kepada rakyat yang mempunyai akaun bank di luar negara serta sesiapa yang masih belum melaporkan pendapatan bagi tahun-tahun sebelum ini.

Bagi mereka yang telah membuat pelaporan sewajarnya di bawah program ini, tindakan audit atau siasatan tidak akan dilaksanakan ke atas mereka bagi pelaporan tersebut termasuklah untuk tahun-tahun sebelumnya.

Tambahan, mereka juga akan mendapat pengurangan penalti dari 300 peratus kepada 10 peratus atau 15 peratus bergantung kepada tempoh di mana pengakuan dibuat, katanya. Bernama




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts