EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Jangan Lupakan SaudaraPalstin Yang Telah 73 Tahun Tunggu Kenyataan Nadir Al-Nuri Undang Kecamn Ramai

0 month ago, 13-Oct-2021

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dikecam netizen selepas memuat naik sebuah hantaran peringatan kepada rakyat Malaysia yang sudah dibenarkan bergerak merentas negeri serta pulang ke kampung masing-masing.

Saudara Palestin 73 tahun tak balik kampung

Menerusi laman Twitter miliknya, Nadir mengingatkan untuk tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun tak balik kampung kerana diserang kumpulan mafia Zionis.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya kurang senang dengan ciapan Nadir yang telah spoil mood rakyat Malaysia untuk balik bertemu dengan keluarga sejak dikurung susulan wabak Covid-19.

@fatinanuar: En Nadir, kami tak sangkal jasa murni encik dekat sana. Tapi itula pilihan yang dah dipilih. Kami tak boleh bersedih melebih hanya sebab Palestin ditindas, sebab kami pun ada hidup dan masalah sendiri. Wajib fokus diri sendiri dulu. Mungkin boleh phrase kan balik ayat supaya dua-dua pihak dirai.

@hariridin: Perjalanan ke balik kampung bertukar menjadi perjalanan rasa bersalah dengan cepat.

@Aiman_rzk: Dia sama macam awak tengah bersila nak makan tiba-tiba ada orang acah savage suruh awak ingat saudara kat Afrika yang takda makanan.

@safiyyakamal: Berhenti buat orang rasa bersalah. Saya tahu anda bermaksud baik tetapi bukan ini jalannya . Hanya disebabkan seseorang menderita tidak bermaksud kita semua perlu juga.

Suruh jangan lupakan pun sakit hati

Bagaimanapun, Nadir menerusi satu komen menyatakan sekiranya dia berada di Malaysia, dia juga akan pulang ke kampung halaman. Tegasnya, dia hanya meminta untuk berdoa kepada saudara yang tidak dapat mengecapi kegembiraan seperti orang lain.

Pelik manusia ni. Suruh jangan lupakan saudara kita pun sakit hati. Kalau saya pun di Malaysia saya balik kampung, bukannya buat benda dosa pun. Tapi sambil-sambil berseronok dan bersyukur, doakan sepatah untuk Palestin. Itulah selemah iman.

Kerajaan telah bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula isnin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

: Twitter @NadirAlNuri

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Jangan Lupakan SaudaraPalstin Yang Telah 73 Tahun Tunggu Kenyataan Nadir Al-Nuri Undang Kecamn Ramai Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...