EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Jangan lewat daftar

0 month ago, 12-Jan-2020

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memberi tempoh sehingga September ini kepada semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mendaftarkan status pasukan sepenuhnya kepada Sdn Bhd bagi membolehkan mereka beraksi pada musim 2021.

Perkara ini disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Task Force Pelesenan Kelab Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed yang turut mengingatkan supaya pasukan tidak membuat kerja hingga ke saat akhir selepas diberi tempoh agak panjang bermula pertengahan musim lalu.

Katanya, satu bengkel akan dilaksanakan pada Rabu hingga Jumaat ini bersama semua Setiausaha pasukan bagi menerangkan dengan lebih lanjut proses dan langkah penswastaan yang perlu dilakukan pasukan.

Mahu tak mahu semua pasukan kena buat kerana ia juga antara kehendak AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) yang mahu liga di bawah ahli gabungannya tidak terikat dengan FA (Persatuan Bolasepak Negeri).

Kita akan bagi memo sebagai tanda ingatan kepada semua pasukan pada perjumpaan Rabu ini dengan tempoh diberi hingga September. Kalau gagal kemungkinan peluang untuk beraksi di liga akan terjejas pada 2021 nanti, katanya ketika dihubungi.

Jelasnya lagi, status pasukan perlu didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang dikawal seorang pemilik ataupun dimiliki secara perkongsian yang memiliki saham dalam pasukan.

Kita tak nak ada pasukan yang hanya letak FC tetapi hakikatnya tidak ada pemilik. Selepas ini semua pasukan wajib ada pemilik atau pemegang saham untuk menggerakkan pasukan masing-masing, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...